Sunday, 12 August 2012

Ciri-ciri seorang peniaga !!!




Sesiapapun boleh berniaga kerana berniaga itu tidaklah susah, tetapi berniaga juga tidaklah mudah. Untuk berniaga, seseorang itu mestilah mempunyai business minded dan mesti mempunyai ciri-ciri seorang peniaga. Artikel ini saya tulis untuk berkongsi pengalaman mengenai ciri-ciri yang mesti ada pada seorang peniaga yang saya dapati setelah menceburi bidang perniagaan ini.

Saya telah melalui pelbagai liku2 hidup sebagai seorang peniaga sejak penglibatan saya dalam bidang ini. Banyak perkara2 baru telah saya  pelajari dan banyak perkara yang tidak diduga telah saya tempuhi dalam tempoh yang singkat, kerana bidang perniagaan amatlah berbeza dari bidang saya yang sebenar iaitu kejuruteraan. Diharap dengan artikel yang saya tulis ini akan dapat memberi sedikit panduan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan, lebih2 lagi kepada mereka yang bukan dari asas perniagaan atau bukan dari keluarga peniaga seperti jurutera, guru, penjawat awam, mereka yang berkhidmat dalam pasukan berunifom dan sebagainya.

Tidak cepat berputus asa
Ciri yang amat penting perlu ada kepada seorang peniaga ialah sifat tidak mudah mengaku kalah atau sifat tidak cepat berputus asa atau sifat tidak terburu-buru untuk berhenti dari meneruskan perniagaan semula sekiranya terjadi kegagalan. Disebabkan sifat2 inilah ramai di antara peniaga2 yang akhirnya mengambil keputusan untuk balik semula kepada kerjaya asal mereka iaitu makan gaji. Kebanyakan perkara ini terjadi kepada peniaga2 yang mempunyai perkerjaan tetap di samping berniaga. Mereka tidak memberi sepenuh perhatian (commited) kepada perniagaan yang mereka jalankan, malah perkerjaan tetap mereka itulah yang menjadi salah satu penghalang besar dan penyebab utama mereka berhenti berniaga apabila berhadapan liku2 dan rintangan dalam perniagaan. Berbeza dengan seorang peniaga yang bergantung 100% pendapatan mereka kepada perniagaan, mereka akan memberi sepenuh tumpuan dan akan berusaha bersungguh2 untuk memastikan perniagaan mereka berjaya. Sekiranya mereka ditakdirkan jatuh bangkrap sekalipun, nescaya mereka akan terus bangun dan mengorak langkah memulakan perniagaan mereka semula dengan penuh keazaman bagi memastikan mereka tidak akan jatuh buat kali kedua. Sekiranya jatuh bangkrap buat kali kedua sekalipun, pastinya ia bukanlah disebabkan kesilapan yang sama ketika gagal pada kali pertama dahulu.

Tidak mahu dikongkong dalam membuat keputusan
Ciri seterusnya ialah peniaga tidak mahu dikongkong oleh mana2 pihak dan inginkan kebebasan dalam membuat keputusan sendiri, mengaplikasikan idea dan kreativiti sendiri. Bukan saja dari segi tugasannya, malah ia tidak mahu dikongkong oleh masa dan keadaaan persekitaran, contohnya masa kerja dan tempat bekerja ditentukannya sendiri.  Disebabkan keputusan mutlak terletak ditangan peniaga itu sendiri, maka ia bertanggung jawab 100% terhadap kejayaan mahupun kegagalan syarikatnya. Oleh itu, peniaga mesti mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat di dalam setiap situasi yang memerlukan keputusan segera, berdasarkan maklumat dan maklum balas yang diperolehi.
Berbeza dengan pekerja yang makan gaji, mereka perlu patuh kepada arahan pihak atasan dan majikan samada mereka bersetuju atau tidak dengan arahan yang diberi, malah masa dan tempat bekerja juga ditetapkan oleh majikan, contohnya sekiranya ia diarahkan untuk bekerja di shif malam atau diarahkan untuk berpindah ketempat kerja yang jauh dari keluarganya, mahu tidak mahu ia terpaksa menerimanya    (bersambung)

Che Murad Ibrahim
Pengasas Tadalli



Note : Artikal ini dikemaskini dari masa kesemasa. Follow saya di https://twitter.com/chemuradibrahim untuk mengetahui kemaskini artikal ini.      

No comments:

Post a Comment