Thursday, 27 September 2012

Kenapa saya patut berniaga !!!



Ramai berkata berniaga lebih berisiko daripada makan gaji, tetapi bagi saya berfikiran sebaliknya, malah ada banyak lagi sebab-sebab lain kenapa saya patut berniaga.Artikel ini saya tulis untuk berkongsi pengalaman dan memperjelaskan sebab-sebab kenapa saya patut berniaga.

Saya rasa ramai yang tidak bersetuju dgn kenyatan saya diatas, malah saya sendiri juga merasakan begitu pada mulanya. Tetapi setelah 3 tahun berada di dunia perniagaan, saya mulai berfikir sebaliknya, Disamping risiko yang rendah, ramai yg tidak menyedari bahawa perniagaan mempunyai banyak kelebihan2 yang menyebabkan kenapa seseorang itu patut berniaga dan terus berniaga. Diharap dengan artikel yang saya tulis ini akan dapat memberi semangat dan keyakinan kepada mereka yang berhasrat utk menceburi bidang perniagaan, lebih2 lagi kepada mereka yang baru hendak memulakan perniagaan.

Perniagaan adalah berisiko rendah
Sebenarnya berniaga lebih rendah risikonya dibandingkan dengan mereka yang bergantung hanya pada satu sumber pendapatan saja. Ramai akan bersetuju dgn perkara ini tak kala kita semua berdepan dgn krisis kemelesetan ekonomi atau apabila sesebuah syarikat jatuh bangkrap dan menyebabkan pendapatan pekerja2nya hilang dalam sekelip mata dengan hanya diberi sehelai notis dari majikan mereka. Bukan saja syarikat2 yang kecil malah syarikat multi-nasoinal dimana syarikat yg pernah saya bekerja dulu pernah disuatu masa turut mendapat tempias dari kemelesitan ekonomi itu. Masih teringat lagi, saat2 genting memikirkan apa yg akan terjadi dgn keluarga saya sekiranya saya diberhentikan kerja pada masa itu. Cuma Allah SWT saja yg dapat mengetahui perasaan saya masa itu.
Tentu ramai yang akan bertanya, sekiranya berniaga berisiko rendah, tapi kenapa ramai yang gagal dalam perniagaan. Terus terang ingin saya memberitahu, mengikut statistik, 50% dari mereka yang membuat perniagaan akan tutup perniagaan mereka dalam masa 2 tahun. Statistik ini sudah tentu akan menafikan kenyatan saya diatas. Tetapi mengikut pengalaman seorang pakar perunding perniagaan (Busines Counsultant) yg membimbing perniagaan saya sekarang ini, beliau memberitahu punca utama kenapa perkara itu terjadi adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang perniagaan yang mereka ceburi, baik dari segi produk, pengurusan kewangan, pemasaran, perkhidmatan, undang2 dan beberapa perkara penting yang lain berhubung dgn perniagaan.  Sekiranya semua pengetahuan ini ada pada peniaga tersebut, InsyaAllah seorang peniaga itu akan mendapat keyakinan dan tidak akan gagal dalam perniagaan. Sekiranya perniagaan itu berisiko tinggi, saya pasti hanya sedikit saja org dari keturunan cina akan berniaga dan kebanyakkan mereka berkerja makan gaji. Menurut pakar perunding perniagaan saya itu (yg saya memanggilnya dgn gelaran "Coach"), berkata ramai peniaga2 melayu yg mendapat menghasilkan jualan harian yang tinggi tetapi akhir gagal atau sekiranya tidak gagal pun, perniagaan mereka tidak akan berkembang. Punca utamanya ialah tidak tahu mengurus kewangaan.
Pernah beliau berjumpa dengan seorg pelanggannya yang perniagaan nya memcecah 9 juta setahun tetapi didalam akaun simpanannya cuma ada RM 3000 saja dan ada seorg penjual behun sup di pasar malam boleh mendapat jualan sehingga RM 60,000 sebulan tetapi bila hendak membuka restoren, dia menghadapi masalah kewangan. Ini semua disebabkan mereka tidak ada langsung pengurusan kewangan. Menurut beliau, satu parameter atau number yang sangat penting perlu seorg peniaga itu tahu ialah Margin Perniagaan nya. Kebiasaannya margin untuk peniagaan makanan atau restoren ialah 30 ~ 35%, untuk perkilangan 50 ~ 56% dan am nya margin hendak lah melebihi 35%.
Terdapat seorg bekas agen produk saya, yang sanggup bertungkus lumus menjual barang yang hanya mendpt margin 5~8% sedangkan produk yang saya tawarkan mencecah hingga 40%, namun disebabkan kurang pengetahuan tentang margin perniagaan, keuntungan yg diperolehinya tidak dapat menanggung kos pembelajaan bulan perniagaannya.   
  
Kelebihan seterusnya ialah ....     (bersambung)

Che Murad Ibrahim
Pengasas Tadalli
 

Sunday, 12 August 2012

Ciri-ciri seorang peniaga !!!




Sesiapapun boleh berniaga kerana berniaga itu tidaklah susah, tetapi berniaga juga tidaklah mudah. Untuk berniaga, seseorang itu mestilah mempunyai business minded dan mesti mempunyai ciri-ciri seorang peniaga. Artikel ini saya tulis untuk berkongsi pengalaman mengenai ciri-ciri yang mesti ada pada seorang peniaga yang saya dapati setelah menceburi bidang perniagaan ini.

Saya telah melalui pelbagai liku2 hidup sebagai seorang peniaga sejak penglibatan saya dalam bidang ini. Banyak perkara2 baru telah saya  pelajari dan banyak perkara yang tidak diduga telah saya tempuhi dalam tempoh yang singkat, kerana bidang perniagaan amatlah berbeza dari bidang saya yang sebenar iaitu kejuruteraan. Diharap dengan artikel yang saya tulis ini akan dapat memberi sedikit panduan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan, lebih2 lagi kepada mereka yang bukan dari asas perniagaan atau bukan dari keluarga peniaga seperti jurutera, guru, penjawat awam, mereka yang berkhidmat dalam pasukan berunifom dan sebagainya.

Tidak cepat berputus asa
Ciri yang amat penting perlu ada kepada seorang peniaga ialah sifat tidak mudah mengaku kalah atau sifat tidak cepat berputus asa atau sifat tidak terburu-buru untuk berhenti dari meneruskan perniagaan semula sekiranya terjadi kegagalan. Disebabkan sifat2 inilah ramai di antara peniaga2 yang akhirnya mengambil keputusan untuk balik semula kepada kerjaya asal mereka iaitu makan gaji. Kebanyakan perkara ini terjadi kepada peniaga2 yang mempunyai perkerjaan tetap di samping berniaga. Mereka tidak memberi sepenuh perhatian (commited) kepada perniagaan yang mereka jalankan, malah perkerjaan tetap mereka itulah yang menjadi salah satu penghalang besar dan penyebab utama mereka berhenti berniaga apabila berhadapan liku2 dan rintangan dalam perniagaan. Berbeza dengan seorang peniaga yang bergantung 100% pendapatan mereka kepada perniagaan, mereka akan memberi sepenuh tumpuan dan akan berusaha bersungguh2 untuk memastikan perniagaan mereka berjaya. Sekiranya mereka ditakdirkan jatuh bangkrap sekalipun, nescaya mereka akan terus bangun dan mengorak langkah memulakan perniagaan mereka semula dengan penuh keazaman bagi memastikan mereka tidak akan jatuh buat kali kedua. Sekiranya jatuh bangkrap buat kali kedua sekalipun, pastinya ia bukanlah disebabkan kesilapan yang sama ketika gagal pada kali pertama dahulu.

Tidak mahu dikongkong dalam membuat keputusan
Ciri seterusnya ialah peniaga tidak mahu dikongkong oleh mana2 pihak dan inginkan kebebasan dalam membuat keputusan sendiri, mengaplikasikan idea dan kreativiti sendiri. Bukan saja dari segi tugasannya, malah ia tidak mahu dikongkong oleh masa dan keadaaan persekitaran, contohnya masa kerja dan tempat bekerja ditentukannya sendiri.  Disebabkan keputusan mutlak terletak ditangan peniaga itu sendiri, maka ia bertanggung jawab 100% terhadap kejayaan mahupun kegagalan syarikatnya. Oleh itu, peniaga mesti mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat di dalam setiap situasi yang memerlukan keputusan segera, berdasarkan maklumat dan maklum balas yang diperolehi.
Berbeza dengan pekerja yang makan gaji, mereka perlu patuh kepada arahan pihak atasan dan majikan samada mereka bersetuju atau tidak dengan arahan yang diberi, malah masa dan tempat bekerja juga ditetapkan oleh majikan, contohnya sekiranya ia diarahkan untuk bekerja di shif malam atau diarahkan untuk berpindah ketempat kerja yang jauh dari keluarganya, mahu tidak mahu ia terpaksa menerimanya    (bersambung)

Che Murad Ibrahim
Pengasas Tadalli



Note : Artikal ini dikemaskini dari masa kesemasa. Follow saya di https://twitter.com/chemuradibrahim untuk mengetahui kemaskini artikal ini.