Thursday, 12 June 2014

Jangan Main2 Dgn Rawatan Resdung

Kembali menikmati makanan kegemaran tanpa perlu berpantang lagi selepas menjalani rawatan resdung di pusat rawatan kami.



Baru-baru ini pusat rawatan kami dikunjungi oleh pelanggan lama kami. Pelanggan kami ini adalah orang pertama mendapat rawatan resdung di pusat rawatan kami 4 tahun yg lepas. Dalam fikiran saya, mungkin kedatangannya kali ini adalah utk mendapatkan rawatan resdung juga, tapi sebaiknya, dia datang utk membeli susu tepung utk bayinya.
Kedatangannya menceriakan kedai kami kerana banyak cerita2 & pengalaman yg dikongsikan olehnya sejak dia masih gadis hinggalah berkahwin & telahpun melahirkan anak pertama yg baru berusia 1 tahun.
Sebenarnya, sebelum menjalani rawatan resdung di pusat rawatan kami 4 tahun lalu, pelanggan kami ni menghadapi masalah resdung yg sangat kronik, mukanya berjerawat & kadang2 bernanah serta selalu gatal-gatal, begitu juga hidungnya gatal2 serta berair, nafas mulutnya berbau, kepalanya pula kelemumur serta kerap merasa pening, rambutnya gugur & kerap bersin waktu pagi. Dia juga mengalami alahan makanan laut seperti sotong, ketam, udang, malah alah kepada makanan2 yang berasaskan makanan laut spt belacan, cincalok dsgnya. Disebabkan itu, dia sangat menjaga makanannya & akan pantang segala makanan yg akan menyebabkan symptom2 atau gejala2 diatas berlaku, sejak bertahun-tahun lamanya.

Kesan Mengejutkan
Dalam keriuhan bersembang itu, kami perasan yg keadaan dia sekarang sangat berbeza dari dulu & apabila ditanya dengan ' penderitaan resdung ' yg pernah dialaminya dulu, sambil tersenyum, dia membalas & memberitahu, selepas saja menjalani rawatan resdung & mengambil kapsul resdung yg dibelinya selama sebulan, gejala2 itu hilang sehingga kehari ini.
Bagi kami, kes pelanggan kami ini adalah mengejutkan kami kerana sepanjang pengalaman kami menjalankan pusat rawatan, kebanyakkan pelanggan kami akan datang semula membuat rawatan susulan selepas 6 bulan, setahun atau lebih bergantung kepada seorang itu.
Setahu kami, kaedah yg kami jalankan dipusat rawatan kami ini adalah kaedah yang sangat berkesan merawat resdung kerana ia adalah kaedah pengosongan rongga di bahagian kedua belah pipi & di tengah dahi antara dua kening. Dengan kaedah mengeluarkan lendir resdung (sinus) dari ke tiga2 rongga itu, akan memaksa kuman2 hama resdung di-keluarkan. Pengeluaran sinus (lendir) resdung dibuat dengan mengunakan serbuk herba & air toner hidung. Rawatan ini dikatakan sangat berkesan kerana ia menghapuskan ibu atau punca utama resdung iaitu kuman hama resdung dari tempat2 nya & mengelak ia merebak ke anggota2 lain spt dada & belakang badan terjadinya bintik2 merah, kerongkong berkahak, mata menjadi kabul disebabkan kewujudan lendir & bahagian2 anggota lain spt yg di alami oleh pelanggan kami diatas.
- Pn Nita
(Permata Hijrah Legenda Heights, Sg Petani, Kedah)


Pada yang jauh dari pusat rawatan
Pada anda yang tinggal jauh dan tidak dapat datang ke pusat rawatan kami utk mendapatkan khidmat rawatan seperti pelanggan pertama kami ini, anda juga boleh menyelesaikan masalah resdung anda tanpa menjalani rawatan resdung ini dengan mengambil kapsul resdung dibawah ini kerana kapsul ini juga berfungsi seperti rawatan resdung tetapi perbezaannya adalah dari segi pengosongan lendir atau sinus tadi disalurkan melalui pembuangan air besar.


Harga :  RM 119.90 (100 Kapsul)
Cara Guna : Makan 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan) 


Utk keterangan lanjut tentang resdung, sila hubungi En Murad (012-5522 567)








Sunday, 9 February 2014

Senarai Produk D'kedai Sungai Petani

(Dapatkan produk2 di bawah ini di premis kami di Legenda Heights, Sungai Petani.)
Permata Hijrah
  Produk resdung dan mata.
   
Secretleaf
  Produk kecantikan bebas bahan kimia berasaskan minyak argan.
   
Tadalli™
  Produk minuman kesihatan berasaskan manggis dan sabun emas untuk kecantikan wajah.

Saturday, 8 February 2014

Jus Manggis ... tiada alasan anak susah nak puasa

Dengan mengamalkan dua sudu besar jus manggis setiap hari semasa sahur di bulan ramadan, anak-anak akan dapat menahan puasa mereka sehingga waktu berbuka.



" Di bulan Ramadan tahun 2010, setelah memberi Jus Manggis Tadalli 2 sudu besar setiap pagi pada waktu sahur kepada 2 anak saya yg masih sekolah rendah di tahun 2 dan 4, saya dapati mereka berdua begitu segar sehingga waktu berbuka. Malah selepas bulan puasa, saya sentiasa mengingatkan anak saya di tahun 4 itu (kini tahun 5), supaya makan diwaktu rehat jam 10.00 pagi kerana dia jarang makan waktu itu kerana memberitahu yg dia tidak berasa lapar. "
- Pn Nita, Sg Petani.

Jus Manggis Tadalli™ merupakan minuman kesihatan diperbuat dari ekstrak manggis dan diadun dengan ramuan herba terpilih serta di-perkaya dengan air Zam-zam, Jus ini mengandungi perbagai khasiat dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh. Minuman berkhasiat ini dapat membantu mengekalkan kesihatan luar dan dalam tubuh bila diamalkan secara berterusan.

Begitu juga pada kepada mereka yang akan ke Tanah Suci utk mengerjakan umrah di bulan Ramadan, lebih2 lagi warga emas, Jus Manggis Tadalli ini amat sesuai diamalkan di Tanah Suci kerana ia dapat membantu meningkatkan tenaga dan menyejukkan badan.

" Dalam cuaca panas, badan menghadapi masalah kekurangan air (Dihydrate), namun begitu dengan mengamalkan Jus Manggis Tadalli ini, ia dapat membantu membersihkan sistem penghadaman makanan didalam usus, ia juga meningkatkan tenaga, menghindari rasa mengantuk dan ia dapat menyejukkan dalaman badan. " - Dr Yasmeen Mohammed, pakar holistik dan pemakanan.

Untuk tempahan, sila hubungi ditalian 012-5522567 atau klik di bawah



Thursday, 27 September 2012

Kenapa saya patut berniaga !!!



Ramai berkata berniaga lebih berisiko daripada makan gaji, tetapi bagi saya berfikiran sebaliknya, malah ada banyak lagi sebab-sebab lain kenapa saya patut berniaga.Artikel ini saya tulis untuk berkongsi pengalaman dan memperjelaskan sebab-sebab kenapa saya patut berniaga.

Saya rasa ramai yang tidak bersetuju dgn kenyatan saya diatas, malah saya sendiri juga merasakan begitu pada mulanya. Tetapi setelah 3 tahun berada di dunia perniagaan, saya mulai berfikir sebaliknya, Disamping risiko yang rendah, ramai yg tidak menyedari bahawa perniagaan mempunyai banyak kelebihan2 yang menyebabkan kenapa seseorang itu patut berniaga dan terus berniaga. Diharap dengan artikel yang saya tulis ini akan dapat memberi semangat dan keyakinan kepada mereka yang berhasrat utk menceburi bidang perniagaan, lebih2 lagi kepada mereka yang baru hendak memulakan perniagaan.

Perniagaan adalah berisiko rendah
Sebenarnya berniaga lebih rendah risikonya dibandingkan dengan mereka yang bergantung hanya pada satu sumber pendapatan saja. Ramai akan bersetuju dgn perkara ini tak kala kita semua berdepan dgn krisis kemelesetan ekonomi atau apabila sesebuah syarikat jatuh bangkrap dan menyebabkan pendapatan pekerja2nya hilang dalam sekelip mata dengan hanya diberi sehelai notis dari majikan mereka. Bukan saja syarikat2 yang kecil malah syarikat multi-nasoinal dimana syarikat yg pernah saya bekerja dulu pernah disuatu masa turut mendapat tempias dari kemelesitan ekonomi itu. Masih teringat lagi, saat2 genting memikirkan apa yg akan terjadi dgn keluarga saya sekiranya saya diberhentikan kerja pada masa itu. Cuma Allah SWT saja yg dapat mengetahui perasaan saya masa itu.
Tentu ramai yang akan bertanya, sekiranya berniaga berisiko rendah, tapi kenapa ramai yang gagal dalam perniagaan. Terus terang ingin saya memberitahu, mengikut statistik, 50% dari mereka yang membuat perniagaan akan tutup perniagaan mereka dalam masa 2 tahun. Statistik ini sudah tentu akan menafikan kenyatan saya diatas. Tetapi mengikut pengalaman seorang pakar perunding perniagaan (Busines Counsultant) yg membimbing perniagaan saya sekarang ini, beliau memberitahu punca utama kenapa perkara itu terjadi adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang perniagaan yang mereka ceburi, baik dari segi produk, pengurusan kewangan, pemasaran, perkhidmatan, undang2 dan beberapa perkara penting yang lain berhubung dgn perniagaan.  Sekiranya semua pengetahuan ini ada pada peniaga tersebut, InsyaAllah seorang peniaga itu akan mendapat keyakinan dan tidak akan gagal dalam perniagaan. Sekiranya perniagaan itu berisiko tinggi, saya pasti hanya sedikit saja org dari keturunan cina akan berniaga dan kebanyakkan mereka berkerja makan gaji. Menurut pakar perunding perniagaan saya itu (yg saya memanggilnya dgn gelaran "Coach"), berkata ramai peniaga2 melayu yg mendapat menghasilkan jualan harian yang tinggi tetapi akhir gagal atau sekiranya tidak gagal pun, perniagaan mereka tidak akan berkembang. Punca utamanya ialah tidak tahu mengurus kewangaan.
Pernah beliau berjumpa dengan seorg pelanggannya yang perniagaan nya memcecah 9 juta setahun tetapi didalam akaun simpanannya cuma ada RM 3000 saja dan ada seorg penjual behun sup di pasar malam boleh mendapat jualan sehingga RM 60,000 sebulan tetapi bila hendak membuka restoren, dia menghadapi masalah kewangan. Ini semua disebabkan mereka tidak ada langsung pengurusan kewangan. Menurut beliau, satu parameter atau number yang sangat penting perlu seorg peniaga itu tahu ialah Margin Perniagaan nya. Kebiasaannya margin untuk peniagaan makanan atau restoren ialah 30 ~ 35%, untuk perkilangan 50 ~ 56% dan am nya margin hendak lah melebihi 35%.
Terdapat seorg bekas agen produk saya, yang sanggup bertungkus lumus menjual barang yang hanya mendpt margin 5~8% sedangkan produk yang saya tawarkan mencecah hingga 40%, namun disebabkan kurang pengetahuan tentang margin perniagaan, keuntungan yg diperolehinya tidak dapat menanggung kos pembelajaan bulan perniagaannya.   
  
Kelebihan seterusnya ialah ....     (bersambung)

Che Murad Ibrahim
Pengasas Tadalli